Dokumen wajib ada untuk jual rumah

 Senarai semak dokumen jual rumah


Sekiranya anda sedang merancang menjual rumah, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Semua dokumen ini akan digunakan sepanjang proses penjualan rumah tersebut, dari mula sampai habis.


Senarai semak 7 dokumen wajib untuk menjual rumah.

Secara umumnya kita boleh klasifikasikan dokumen ini kepada 2 kumpulan iaitu

A. Diperlukan untuk menyediakan dokumen perjanjian jual beli.


Dokumen selepas S&P

1. Salinan kad pengenalan

Maklumat penting dari dokumen
  • Rupa pemilik
  • Nama & nombor IC pemilik rumah.
  • memastikan hartanah milik kita.


2. Salinan geran

Maklumat penting dari geran
  • Jenis milikan tanah - free hold atau lease hold.
  • Jenis sekatan dikenakan.
  • Tempoh masa hak milik hartanah untuk leasehold.


3 Salinan perjanjian jual beli.

Maklumat penting dari dokumen S&P / S&A.
  • Saiz hartanah yang ingin dijual.
  • Nombor geran.


4. Salinan perjanjian pembiayaan bank & penyata pinjaman terkini.

Maklumat penting dari salinan perjanjian pembiayaan dari bank

  • Kadar bayaran bulanan.
  • Bayaran kelewatan.
  • Terma untuk lock in period bagi hartanah tersebut.


B. Diperlukan selepas selesai menandatangani perjanjian jual beli (S&A / S&P).


Dokumen jual rumah

5. Cukai-Cukai

Selain dokumen di atas, Salinan cukai terkini juga penting. Kebiasaannya peguam akan meminta cukai pintu dan cukai tanah sebelum anda menandatangani perjanjian jual beli ini.

Contohnya
  • Salinan cukai tanah terkini telah berbayar.
  • Salinan cukai pintu terkini telah berbayar.


6. Bil utiliti & penyelenggaraan terkini.

Contoh bil utiliti yang diperlukan
  • Bil Indah Water Konsortium.
  • Bil elektrik.
  • Bil air.
  • Bil penyelenggaraan.



7. Surat Bank mengenari kelewatan bayaran.

Surat ini hanya akan anda perolehi jika pernah membayar pembiayaan bulanan lewat dari tarikh yang ditetapkan pihak bank.


Kesimpulan.

Alhamdulillah sampai kita ke hujung perkongsian ini. Rumusan yang dapat kita buat ialah terdapat 7 dokumen wajib yang perlu ada supaya proses jualan rumah berjalan rapi. Dan dokumen ini terbahagi kepada 2 jenis.

Jual rumah


Bahagian pertama untuk kegunaan menyediakan perjanjian jual beli, bahagian kedua pula selepas dokumen S&A / S&P ditandatangani.

Selepas baca artikel ini, bolehlah anda sediakan semuanya. Kami doakan supaya semua urusan anda dipermudahkan Allah Subhana Wata'ala. Amin, Insya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Elakkan rumah sebegini. Susah nak jual

Kenapa jual rumah elok guna ejen hartanah

Cara jual rumah dengan cepat.