Cara jual rumah dengan cepat.

jual rumah cepat

 

Sekiranya anda ingin menjual rumah dengan cepat, terdapat beberapa tips praktikal yang boleh anda gunakan.
Sebagai pakar membina banglo berkualiti, kami telah banyak berjumpa dengan ramai klien yang membina banglo secara tunai. Dari pengalaman kami berurusan dengan klien tersebut, sumber duit tunai bernilai ratus ribu ringgit tersebut diperolehi dengan menjual salah satu dari rumah kepunyaan mereka.

Tetapi, bukan mudah sebenarnya menjual rumah. Ada pelanggan yang bertemu kami untuk membina rumah menggunakan duit hasil dari jualan rumah, tetapi selepas 2 tahun, rumah tersebut masih belum terjual. Ada pula klien dapat menjual rumahnya dengan cepat, tak sampai setahun.

Persoalannya, apa yang membezakan kedua dua klien ini. Hari ini, kami akan kongsikan tips untuk memastikan rumah anda terjual dengan cepat. Berdasarkan pengalaman sebenar klien yang rumahya terjual segera.

Tips menjual rumah dengan cepat.


1. Lantik perunding hartanah yang berpengalaman.

Sekiranya anda membaca banyak laman web yang memberikan tips menjual hartanah, kebanyakan dari mereka akan meletakkan tips ini jauh di bawah senarai. Kalau artikel tu ada 100 tips, mesti tips ini dihujung sekali.

agen hartanah

Tapi dari pemerhatian kami, ramai klien kami yang rumahnya terjual dengan cepat menggunakan perkhidmatan perunding hartanah yang berdaftar.

Mereka ni memang pakar menjual rumah kerana inilah kerja mereka siang dan malam.

Kebanyakan klien yang mengalami kesukaran menjual rumah pula disebabkan ingin menjual sendiri rumah tersebut.

Puncanya kerana nak untung lebih, tak mahu bayar 3% komisyen jualan harga rumah kepada ejen hartanah tersebut. Jika berjaya jual sendiri, memang dapat jimat banyak tau. Bayangkan harga rumah tersebut RM500,000, 3% dari nilai tersebut ialah RM15,000.

Tetapi, proses jual rumah bukannya mudah untuk dilakukan tanpa pengalaman, hanya sesuai jika anda bukan nak jual rumah segera.

Ejen hartanah berpengalaman dah pun mempunyai senarai pelanggan berkualiti yang berminat membeli rumah di kawasan tertentu, Pelanggan berkualiti tu macam mana? Maknanya, klien yang benar benar berduit & layak memohon pembiayaan dari bank.

Selain itu mereka juga mempunyai "network" dengan ejen lain yang juga ada senarai yang sama. Mereka juga dah mahir selok belok alat pemasaran di internet dan proses jualan rumah. Serahkan saja dari mereka dari A ke Z, kita hanya perlu tunggu saja.

Jadi, kalau anda memang sibuk bekerja, tak perlu fikir panjang dan hubungi saja ejen hartanah yang mahir dengan lokasi rumah anda.

Sekiranya anda amalkan tips no 1 ini, dah tak perlu nak ambil tau tips tips seterusnya. Sebab semuanya ejen dah uruskan.


2. Kaji harga pasaran di sekitar lokasi rumah yang ingin dijual.

Perkara paling penting untuk kita tentukan sebelum mula menjual rumah adalah mengetahui harga pasaran rumah kita.

kaji pasaran

Sasaran kita adalah menetapkan harga yang kompetetif. Tidak melebihi nilai pasaran dan tidak pula terlalu murah. Ini akan membantu pembeli yang layak mendapatkan pinjaman yang cukup. Sebab itu kita tak boleh letakkan harga melebihi nilai pasaran.

Kita perlu letakkan diri di kasut pembeli, semestinya kita mahukan tawaran terbaik untuk rumah yang dibeli kan? Terutama sekali dalam suasana kegawatan ekonomi kerana wabak corvid 19 ini, banyak hartanah yang tak terjual kerana pinjaman bank sukar lulus.

Lagipun harga hartanah juga turun kerana kekurangan permintaan dari pembeli. Pembeli yang mampu pula ada banyak pilihan rumah, mestilah mereka nak rumah terbaik pada harga paling berbaloi kan? Persaingan menjadi lebih sengit.

Dalam keadaan ini, pada kebiasaannya penjual akan menurunkan harga jualan rumah supaya rumah cepat terjual. Tetapi, antara pilihan yang kita ada adalah mencari kekuatan & kelebihan yang ada pada rumah kita. Atau cari "unique selling proposition / USP" rumah kita.


3. Cari kelebihan utama yang menyebabkan rumah kita menarik di mata pembeli.

Ada beberapa perkara yang semestinya menjadi pilihan pembeli rumah, cuba perhatikan sama ada rumah kita ada ciri ciri di bawah

  • Adakah rumah kita mempunyai kawasan kejiranan yang lengkapdengan kemudahan awam seperti stesen LRT, stesen bas, surau / masjid, sekolah, kedai, dan sebagainya. Pembeli melayu biasanya akan mencari kawasan yang majoritinya beragama islam.
  • Adakah rumah anda mempunyai status freehold atau leasehold / bumi atau non Bumi. Rumah yang berstatus freehold dan lot non bumi lebih mudah terjual kerana senarai prospek pembeli juga lebih besar. Ini kerana rumah kita boleh dipindah milik kepada kedua dua bumiputera dan bukan.
Jika rumah kita mempunyai kedua dua kriteria di atas, anda boleh masukkannya ke dalam iklan anda. Insyaallah ramai yang akan tanya kerana berminat. Anda juga mempunyai lebih pilihan dan tidak terburu buru. Kuasa menawar kini berada di bahu anda.

Selepas anda mengenalpasti Unique Selling Proposition (USP) rumah, tiba masanya untuk kita iklankan di tempat yang sesuai.


4. Buat iklan di tempat yang betul.

Tak kiralah berapa cantik rumah yang anda nak jual, kalau tak ada pembeli yang tahu, sampai bila pun rumah tersebut tak terjual.

Antara cara paling biasa digunakan semasa menjual rumah ialah memasang sepanduk (banner) di hadapan rumah. Kalau jalan di depan rumah mempunyai trafik kenderaan yang tinggi, manfaatkan trafik tersebut. Tapi, peluang untuk rumah tersebut terjual melalui kaedah ini sangatlah rendah kerana orang yang lalu lalang tersebut belum tentu mahu membeli. Dalam istilah pemasaran dipanggil "cold traffic".

Bagi memastikan peluang menjual rumah dengan cepat, kita mesti mencari prospek yang benar benar berminat membeli rumah (warm traffic).

Persoalannya mana nak cari mereka ni? Anda mesti iklankan di tempat yang dikenali ramai sebagai pasar menjual hartanah. Di internet memang banyak laman web seperti ini, contohnya seperti berikut
  • Propwall
  • Propsocial
  • Mudah.my
  • iProperty
Ada banyak lagi laman seperti di atas, yang paling mudah untuk digunakan ialah Mudah.my. Ada laman web hartanah pula hanyak boleh digunakan oleh perunding hartanah yang berdaftar dengan mereka saja. Jadi, sebab itu saya syorkan anda gunakan servis mereka. 

Penting untuk anda tahu, membuat iklan di laman web ini memerlukan anda mengeluarkan modal tunai terlebih dahulu. Selain itu, setiap platform pemasaran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing masing. Anda perlu ada pengetahuan teknikal dan pengalaman bagaimana ia berfungsi supaya. Tanpa ilmu & pengalaman ini, kita akan habiskan banyak duit tetapi hasilnya tak kunjung tiba. Rumahnya tak terjual.

Akibatnya, anda buang masa, duit & tenaga. 

Tips seterusnya mempunyai kaitan langsung dengan tips kedua.


5. Pastikan kita mengambil gambar rumah yang menarik.

Kita semua pernah menghadiri temuduga semasa memohon pekerjaan. Antara perkara wajib yang kita perlu letakkan di dalam resume ialah gambar muka kita. Biarlah muka kita tidak kacak, tetapi berpenampilan kemas & selesa dipandang.

gambar menarik

Bayangkan gambar yang anda letak pada resume adalah muka kita semasa baru bangun tidur. Dengan rambut yang tidak terurus & muka berminyak. Pasti bakal majikan kita tidak akan mempertimbangkan langsung permohonan tersebut.

Samalah keadaannya dengan menjual rumah, gambar yang kita ambil mestilah menarik, dan memberikan banyak maklumat. Anda boleh hadiri kelas menangkap gambar menggunakan telefon pintar semurah RM50. Saya sendiri telah menghadiri kelas seperti ini, memang berbaloi.

Gambar gambar ini mestilah beresolusi tinggi & di tangkap menggunakan teknik yang betul supaya rumah kelihatan menarik. Ambil gambar banyak sikit untuk dimuat naik ke dalam iklan. Barulah bakal pembeli rasa tertarik dan memulakan langkah pertama menghubungi anda.

Kemudian kita boleh aturkan sesi lawatan ke rumah tersebut.


6. Pilih kata carian yang sesuai dengan prospek.

Kita mesti mengenal pasti klien bagaimana yang mampu membeli rumah kita. Paling mudah, lihat sendiri gaya hidup keluarga kita & rakan rakan sepejabat. Apakah tabiat & cara hidup mereka.

Sekiranya sasaran kita adalah prospek berpendidikan tinggi & bekerja di syarikat multinasional seperti PETRONAS & MAYBANK, besar kemungkinan iklan tersebut lebih sesuai dalam bahasa inggeris. Terutama sekali sekiranya anda tidak kisah pembeli tersebut bukan bumiputera.

Sekiranya kawasan kediaman kita majoritinya berbangsa melayu, dan mempunyai kesatuan penduduk yang baik, masjid yang diimarahkan dengan majlis ilmu. Lebih sesuai untuk kita iklankan dalam bahasa melayu. Ini kerana kita sebenarnya bukan saja menjual rumah, tetapi kita menjual gaya hidup & persekitaran yang didambakan pembeli tersebut. Boleh jadi prospek yang kita cari mahu bersara & nak "settle down" di kawasan kejiranan yang ramai rakan seusia yang sudah pencen.


7. Sertakan "Call To Action" yang sesuai dalam iklan anda.

Ramai dari kita tidak pernah menjual barang, jadi kekurangan pengalaman dalam urusan jual beli. Pastikan kita sertakan ayat gesaan untuk bertindak (Call to Action - CTA) dalam iklan yang kita terbitkan.

gesaan untuk bertindak

Contoh ayat CTA yang boleh dipertimbangkan ialah
  • 10 pemanggil pertama akan dapat diskaun harga rumah RM10,000.
  • Hubungi sekarang untuk diskaun 5% dari harga pasaran.
  • Rumah banglo 2 tingkat freehold, lot non bumi untuk dijual.
Ayat CTA terbaik boleh kita perolehi dari langkah no 3. Kita masukkan unique selling proposition rumah tersebut di bahagian CTA.


8. Mahirkan diri anda dengan platform iklan yang dipilih. 

Seperti yang kami kongsikan pada tips di atas, setiap platform mempunyai perangainya yang tersendiri. Ada yang eksklusif untuk ejen hartanah saja. Ada pula yang boleh digunakan semua orang seperti
  • Google ads
  • Mudah.my
Apa pun pilihan anda, pastikan anda tahu permainan setiap alat pemasaran ini supaya mendapat hasil yang dicita. Google ads memerlukan kita mempunyai kemahiran teknikal supaya kos per klik lebih rendah dan mencapai sasaran yang betul. Atau anda boleh gunakan iklan jenis paparan pada laman web yang mempunyai demografi sasaran kita.

Mudah.my pula membolehkan kita membuat iklan secara percuma dan berbayar, tetapi kita perlu bersaing dengan ramai lagi penjual lain yang baru membuat iklan. Menyebabkan iklan anda ditendang ke bawah dan akhirnya berada di muka belakang. Anda perlu bayar pada mudah.my untuk menendang iklan tersebut ke muka pertama semula. Jadi, kita perlu sentiasa periksa kedudukan semasa iklan kita supaya tidak berada terlalu ke belakang.

Semua ini memerlukan kos masa, duit dan tenaga. Ejen hartanah memang dah mahir dengan alat pemasaran ini, jadi kos kos yang ada juga mereka keluarkan sendiri dari poket mereka dulu.

Kalau anda nak jual rumah dengan cepat, tak berbaloi peningkan kepala anda dengan semua ni.


9. Dandan rumah kita supaya memberikan tanggapan pertama yang baik.

Sebenarnya impresi pertama rumah kita telah pun diperolehi semasa pelanggan melihat gambar di dalam laman web. Apa yang penting selepas itu ialah, apabila prospek menghubungi kita, pastikan rumah kita memenuhi jangkaan awal. Seeloknya, lebih baik dari yang kita tonjolkan di internet.

rumah cantik


Pastikan rumah kita kemas dan sedap di pandang. Sampah sentiasa dibuang, tiada sampul surat & surat khabar bersepah. Rumput pula sentiasa dipotong.

Ini baru bahagian luar, belum lagi bahagian dalaman rumah lagi. Pastikan rumah kita dipenuhi dengan perabot yang tersusun kemas seperti masih dihuni oleh tuan rumah. Cat pun mestilah menarik warnanya, retak retak pada dinding telah pun diperbaiki.

Apa yang boleh kita buat ialah menjadikan rumah tersebut perniagaan homestay. Sementara menunggu rumah terjual, duit pun masuk dari pendapatan homestay. Rumah kita juga akan terjaga kebersihannya kerana kita pasti akan memastikan keadaan rumah tip top untuk pelanggan homestay. Pada masa yang sama, rumah ini sentiasa bersedia menerima kehadiran prospek.


10. Dapatkan gambaran penuh proses menjual rumah.

Anda pernah ada pengalaman meniaga kecil kecilan? Contohnya jual kuih raya atau perkhidmatan. Perniagaan jenis ini melibatkan masa yang sangat pendek. Penjual dan pembeli menyelesaikan transaksi dalam masa beberapa minit ataupun beberapa hari.

Sebenarnya menjual rumah ini hampir sama saja prosesnya. Bezanya, apabila pembeli dan penjual bersetuju untuk berjual beli, tempoh masa dari permulaan proses sampailah selesai boleh makan masa berbulan mahupun bertahun,

Jadi, kekuatan modal, masa dan ilmu perlu ada untuk dijadikan bekalan. Kalau kita tak istiqamah, hangat hangat tahi ayam, memang susah jalan yang kita pilih ni. Mesti kita akan rasa hilang semangat jika prospek yang melawat rumah kita tak juga berminat membeli rumah.

Elok serahkan saja pada perunding hartanah untuk selesaikan semua.


11. Mudahkan urusan pembayaran deposit rumah anda.

Sekiranya kita hendak memastikan rumah terjual dengan pantas, kita perlu permudahkan urusan prospek menyediakan wang pendahuluan.

Maklumlah rumah di kawasan strategik rata rata bernilai RM300,000 ke atas. Bayangkan sekiranya deposit yang kita tetapkan 10% dari harga rumah, prospek perlu sediakan RM30,000 tunai. Banyak tu.

Antara pilihan yang boleh kita berikan untuk memudahkan prospek membeli rumah kita dan memastikan rumah kita terjual dengan segera ialah
  • Pinjaman 100%, jadi prospek tak perlu sediakan deposit. Kita dapat bayaran "lump sum" dari bank selepas rumah terjual.
  • Menyediakan duit deposit dari KWSP.

Tepuk dada tanya selera.


Rumusan.

Alhamdulillah, sampai juga ke penghujung artikel. Selepas membaca 11 tips untuk menjual rumah dengan cepat, pastikan kita amalkan ke semuanya. Jika anda tak mahu susahkan diri, amalkan saja tips pertama. Dapatkan perkhidmatan ejen hartanah.

Comments

Popular posts from this blog

Elakkan rumah sebegini. Susah nak jual

Kenapa jual rumah elok guna ejen hartanah