Posts

Showing posts with the label Ejen hartanah

Kenapa jual rumah elok guna ejen hartanah

Image
  Sekiranya anda berhasrat menjual rumah dengan cepat, memang lebih disyorkan untuk mendapatkan bantuan dari agen hartanah. Dari pengalaman kami berurusan dengan klien yang membina rumah secara tunai, kebanyakan dari mereka memperolehi modal tersebut dari penjualan rumah melalui perantaraan agen. Maklumlah, rata rata pelanggan kami masih bekerja, mana ada masa nak jual sendiri. Mereka pun dah tak mahu berhutang dengan bank lagi. Jadi, kali ini kami akan kongsikan dengan anda manfaat menjual rumah dengan perunding hartanah.

Kos jual rumah untuk pertimbangan anda. Jangan buat keputusan terburu buru

Image
Sekiranya anda mempertimbangkan untuk jual rumah , salah satu perkara penting yang perlu diambil kira ialah kos menjual rumah tersebut. Silap haribulan, bukan untung jual rumah yang anda dapat mahal rugi yang diterima. Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda kos kos yang terlibat sepanjang proses jualan. Kos jual rumah yang perlu diambil kira. Fikir masak masak supaya tidak rugi. 1. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) / Real Property Gain Tax (RPGT) Industri hartanah di Malaysia menjadi lubuk carian untung untuk pelabur. Sehingga sampai satu tahap, harga rumah naik melambung dan menyebabkan ramai orang tidak mampu membeli rumah. Bagi mengelakkan perkara ini menjadi semakin teruk, kerajaan telah memperkenalkan cukai baru yang dikenali sebagai cukai keuntungan harta tanah. Cukai ini bertindak mengurangkan pertukaran hak milik hartanah yang terlalu kerap sehingga menyebabkan harganya meningkat terlalu cepat. Ia dikenakan pada keuntungan bersih jualan rumah tersebut. Keuntungan bersih...

Cara jual rumah dengan cepat.

Image
  Sekiranya anda ingin menjual rumah dengan cepat, terdapat beberapa tips praktikal yang boleh anda gunakan. Sebagai pakar membina banglo berkualiti, kami telah banyak berjumpa dengan ramai klien yang membina banglo secara tunai. Dari pengalaman kami berurusan dengan klien tersebut, sumber duit tunai bernilai ratus ribu ringgit tersebut diperolehi dengan menjual salah satu dari rumah kepunyaan mereka.