Kenapa jual rumah elok guna ejen hartanah

 Kelebihan jual rumah perunding hartanah


Sekiranya anda berhasrat menjual rumah dengan cepat, memang lebih disyorkan untuk mendapatkan bantuan dari agen hartanah.

Dari pengalaman kami berurusan dengan klien yang membina rumah secara tunai, kebanyakan dari mereka memperolehi modal tersebut dari penjualan rumah melalui perantaraan agen.

Maklumlah, rata rata pelanggan kami masih bekerja, mana ada masa nak jual sendiri. Mereka pun dah tak mahu berhutang dengan bank lagi. Jadi, kali ini kami akan kongsikan dengan anda manfaat menjual rumah dengan perunding hartanah.

Kelebihan menggunakan servis perunding hartanah untuk jual rumah.


1. Dipantau oleh badan berwajib.

Bukan semua orang boleh menjadi ejen hartanah, ada kursus yang perlu dihadiri & etika yang perlu dijaga. 

Sebelum kita mendapatkan servis mereka, pastikan kita semak terlebih dahulu ejen tersebut berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurusan Harta Malaysia (LPPEH).

Sekiranya nama mereka ada dalam senarai ejen berdaftar, barulah boleh gunakan servis mereka tanpa was was.


2. Memastikan hak penjual rumah dilindungi.

Antara tanggungjawab seoarang perunding hartanah ialah mengelakkan hak kliennya terpelihara.

Ejen tersebut akan mengikut prosedur yang betul semasa menjual rumah anda.

Antaranya ialah penandatangan surat tawaran oleh kedua dua penjual dan bakal pembeli yang mengandungi terma melindungi kepentingan penjual dan mengelakkan pembeli tidak melewatkan belian.


3. Mahir dalam selok belok menjual rumah.

Sekiranya anda pernah terfikir untuk menjual sendiri rumah, memang banyak perlu kita pelajari sendiri selok belok & prosesnya. Kita terpaksa memberikan banyak masa & tenaga untuk belajar semuanya. Dan ramai yang tersungkur ditengaj jalan kerana cabaran yang dihadapi sepanjang proses pembelajaran.

berpengalaman


Semua ini dapat kita serahkan pada ejen hartanah berpengalaman. Mereka dah lalui semua terebut, dan juga kenal dengan orang yang betul. Mereka akan semak harga pasaran rumah di kawasan tersebut & buat analisa harga rumah lain di kawasan yang sama.


4. Anda boleh nikmati hidup seperti biasa.

Sebaik saja anda menyerahkan urusan penjualan rumah kepada ejen, anda dah boleh tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih bermakna dalam hidup. Contohnya meluangkan masa bersama keluarga tersayang, ataupun melaksanakan tugas di tempat kerja dengan baik.

Kebanyakan prospek berkualiti yang berminat membeli rumah akan datang melawat semasa hujung minggu, boleh jadi juga lawatan tersebut secara mengejut. Kalau sekali dua, pasangan dan anak anak kita mungkin tak marah, tapi kalau berterusan setiap minggu asyik jumpa prospek pembeli rumah, mesti keluarga kita akan merungut juga.

Proses jual rumah makan masa yang lama, 6 bulan itu biasa. 1 tahun atau lebih pun boleh berlaku. Jadi, anda boleh tetapkan keutamaan, sekiranya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga berada di atas senarai tersebut, tak perlu ragu untuk dapatkan servis ejen.


5. Networking.

Bagi memastikan rumah terjual dengan cepat, kita mesti mengenali orang yang betul. Perunding hartanah mempunyai senarai kenalan yang terdiri dari profesional pelbagai bidang untuk memudahkan proses ini. Contohnya seperti

rangkaian kenalan

  • Pegawai bank untuk menyemak harga pasaran rumah & urusan berkaitan pembiayaan rumah.
  • Peguam hartanah.


Kesimpulan.

Sekiranya anda mahukan urusan jualan rumah berjalan lancar, kami nasihatkan guna saja khidmat perunding hartanah.

Ini disebabkan dari pengalaman kami, ramai klien yang datang berjumpa kami untuk membina rumah secara tunai di atas tanah milik sendiri menggunakan servis perunding hartanah.

Dan ramai juga yang cuba jual sendiri rumah mereka terkandas bertahun tahun, tak berbaloi kesusahan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Cara jual rumah dengan cepat.

Elakkan rumah sebegini. Susah nak jual