Elakkan rumah sebegini. Susah nak jual
Kita bukan selalu beli rumah, jadi kalau nak beli tu biarlah yang berbaloi. Berbaloi tu bukan pada harga yang murah saja, tapi kita perlu ambil kira juga harga rumah tu akan naik di masa depan. Sebab tu membeli rumah semasa muda adalah pelaburan yang berbaloi. Kita beli masa harga murah, dan jual selepas harga naik. Masalahnya, macam mana nak tahu rumah yang harganya naik & mudah dijual. Manalah tau kan, kita nak guna duit jual rumah tu untuk tunaikan hajat kita. Contohnya, nak beli tanah ke, atau nak buat rumah banglo atas tanah tersebut. Dapat buat semua tu dengan duit tunai. Tak payah pinjam dengan bank.